Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Membuka Pintu Kebijaksanaan, Bahagian 2 daripada 12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Kaedah mentransmisikan Dharma ini, atau apa yang kita panggil inisiasi, bukanlah kaedah yang dicipta oleh Guru Ching Hai. Ini kaedah yang sangat purba. Biar saya berikan satu contoh. Jika kita berpeluang untuk mengkaji kitab pelbagai agama, kita akan dapati bahawa subjek inisiasi disebut dalam banyak daripadanya. Contohnya, Patriark keenam agama Buddha Zen, Guru Hui Neng, menurunkan Dharma kepada pelajar-Nya dengan kaedah inisiasi yang sama ini. Begitu juga, Guru Nanak Sikhisme yang dihormati secara meluas di India juga mentransmisikan Dharma melalui inisiasi. Jika kita mengkaji kitab pelbagai agama terutama agama besar yang ada Nabi agung di seluruh dunia, kita akan dapati dalamnya bahawa transmisi Dharma berlaku melalui inisiasi. Mengapa perlu mentransmisikan Dharma melalui inisiasi? Mengapa ia dipanggil inisiasi? Dharma bukanlah sesuatu yang boleh dijelaskan dengan kata-kata atau bahasa manusia. Oleh itu, semasa transmisi Dharma yang kita panggil inisiasi, itu transmisi daripada roh kepada roh. […]

Bagi anak murid biasa, sebelum menerima inisiasi, kami minta kalian berjanji untuk bermeditasi sekurang-kurangnya dua jam setengah sehari. Ini mungkin kedengaran sangat menakutkan bagi sesetengah orang. “Dua jam setengah? Di mana kita nak cari masa? Kita akan sibuk sepanjang hari dengan telefon bimbit, menyaksikan video atau rancangan TV. Rancangan apa disiarkan? Drama mana menghiburkan?” Jadi di mana kita nak cari masa untuk bermeditasi? Ini bergantung kepada kita. Jika kita rasa meditasi, amalan spiritual kita ialah perkara paling penting dalam hidup, kita akan cari masa. […] Tetapi Guru tidak menghendaki kita duduk selama dua jam setengah sekali gus. Kita boleh bahagikan masanya. […]

Selain itu, bagi mereka yang akan menjadi anak murid Guru, kami juga akan meminta komitmen untuk mematuhi Lima Rukun. […]

Inisiasi, dengan kata lain, ialah pembukaan mata minda, atau apa yg kita panggil Mata Kebijaksanaan. Jika kita mengkaji kitab, mungkin kita tahu bahawa Mata Kebijaksanaan berada di tengah-tengah dahi, ke arah bahagian atas. Membuka mata Kebijaksanaan ini membantu kita melihat. Kesannya adalah utk memakrifatkan kita.
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/12)
1
2024-09-16
2103 Tontonan
2
2024-09-17
1348 Tontonan
3
2024-09-18
1347 Tontonan
4
2024-09-19
1301 Tontonan
5
2024-09-20
1392 Tontonan
6
2024-09-21
2060 Tontonan
7
2024-09-23
1384 Tontonan
8
2024-09-24
1333 Tontonan
9
2024-09-25
1181 Tontonan
10
2024-09-26
1194 Tontonan
11
2024-09-27
1195 Tontonan
12
2024-09-28
1234 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android