Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kisah Mahākāśyapa (vegan), Bahagian 3 daripada 10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Ya Tuhan, dah terlalu lama kita bercakap. Saya nak beritahu anda tentang Mahākāśyapa. Mahākāśyapa dikatakan masih berada di Gunung Kaki Ayam itu. Banyak orang pergi ke sana untuk berziarah dan membeli barang cenderamata dari sana. Mereka percaya cenderamata itu ada Berkat daripada Mahakāśyapa agung. Tetapi Beliau sendiri, biksu sebenar ini, tinggal di gunung itu. Tiada orang yang dapat lihat Beliau. Dah tentu, Beliau bersembunyi di dalam gua di gunung itu. Tetapi Beliau sendiri ada satu badan saja. Badan itu berada di China sebagai manusia, membuat apa yang kita buat sebagai manusia.

Jadi lihatlah, kita semua ada tugas. Semasa anda ialah manusia pun, tapi mana tahu, mungkin anda datang dari Syurga yang lebih tinggi dan masih berada di Syurga yang lebih tinggi – roh anda, Diri sebenar anda – dan anda berhubung di Bumi sini dengan badan fizikal melalui jenis tali perak yang buat anda terus hidup di Bumi ini. Sebaik saja tali itu dipotong atau terputus dengan sesuatu cara, anda tak dapat terus hidup lagi.

Jika anda kebetulan, contohnya, berhenti bernafas atas sesuatu sebab seperti dalam kemalangan atau sesuatu, maka tali itu masih ada di sana untuk buat anda terus hidup. Tetapi jika roh anda telah diheret ke dalam neraka, jika anda berada di neraka dgn terlalu lama, anda tak dapat kembali ke badan ini lagi kerana pada masa itu tali perak yang menyambungkan roh anda dengan badan akan lenyap. Badan anda yang pergi ke neraka ialah badan astral. Anda akan rasai sebanyak kesakitan seperti dalam badan fizikal, malah lagi menyakitkan kerana jika anda ada badan fizikal, anda terlindung daripada segala jenis perasaan neraka. Jika anda masih di Bumi – berjalan ke sana sini atau terbaring di atas katil, separuh mati – badan astral anda sudah berada di neraka dan alami segala jenis hukuman, anda takkan banyak rasainya di dalam badan. Macam itulah. Tetapi apabila badan anda dah tiada, anda akan rasainya, dah tentu. Apabila anda berada di neraka dengan badan astral, anda rasa segalanya begitu banyak diperhebat, begitu banyak diperbesar kerana tiada badan fizikal untuk melindungi anda.

Banyak orang yang sudah berada di neraka, roh mereka terikat pada badan astral itu. Kita ada banyak badan. Astral ialah salah satu badan kita. Kita juga ada badan sebab akibat dan badan Brahman dari Peringkat Ketiga, dan badan astral. Apa-apa yang dibuat terhadap badan astral, badan manusia tak banyak rasainya. Tetapi kadangkala jika terlalu kuat, ia boleh menyebabkan penyakit atau perasaan ganjil – sakit kepala atau mimpi ngeri, seumpamanya, dan rasa begitu sakit seperti jika anda berada di neraka. Tetapi biasanya jika anda masih hidup kerana karma takdir anda adalah macam itu, maka meskipun anda sudah dihukum di neraka, anda tak rasa sakit dalam badan fizikal.

Mahākāśyapa ada badan fizikal di Bumi, sama seperti manusia. Seperti yang telah saya beritahu anda sebelumnya, Raja Karma tinggal dekat Australia. Saya tak nak beritahu anda. Saya tak mahu anda pergi ke sana, pergi ke sana sini untuk cari Dia. Sebagai manusia, dalam badan manusia, tetapi Dia ialah Raja Karma. Dia masih membuat kerja-Nya di dunia manusia dan juga di alam halus seperti alam astral, contohnya. Kami bercakap kadangkala.

Mahākāśyapa ialah orang agung, Mahākāśyapa ialah orang agung, Santo (Bodhisattva) agung. Sebagai seorang biksu, Beliau hidup secara bertentangan sepenuhnya dengan kehidupan sebelumnya di dunia. Beliau ialah anak sebuah keluarga yang sangat kaya, jadi miliki segalanya yang diingini-Nya dan hidup mewah. Tetapi sejak muda lagi, Beliau sentiasa ingin menjadi pendeta untuk jalankan amalan spiritual. Beliau tak nak tinggal di rumah, teruskan perniagaan-Nya atau nikmati kemewahan. Sama seperti Buddha – Baginda seorang putera tetapi meninggalkan segala-galanya hanya untuk mencari makrifat, untuk capai peringkat Buddha. Mahākāśyapa malah berkahwin dgn seorang wanita cantik, wanita paling cantik yang dapat sesiapa lihat pada masa itu di wilayah itu atau mungkin di seluruh negara.

Maaf. Saya nak beritahu anda sebab saya batuk tapi tertanya-tanya sama ada saya harus. Biar saya tanya. Ya, itu… Jangan risau. Saya tak benar-benar sakit atau apa-apa. Itu hanya karma yang terjelma drpd campur tangan saya dengan orang dalam peperangan, iaitu… Ini, Raja Karmalah yang sendiri beritahu saya, kerana saya sendiri tak begitu nak ambil tahu. Kadangkala maklumat datang kepada saya secara rela, natural tanpa saya mencarinya. Atau mungkin kadangkala saya memikirkan soalan dalam fikiran, kemudian Raja jabatan-jabatan yang berlainan akan memberitahu saya, berikan mesej kepada saya.

Ada banyak Raja bidang-bidang yang berlainan, misi-misi yang berlainan. Pada suatu hari, Mereka semua datang kepada saya kerana saya digelar ‘Raja kepada Raja-raja kpd Raja-raja’. Ini juga bermakna Raja kepada semua Raja masa lalu, Raja kepada Raja-raja masa sekarang dan Raja kpd semua Raja masa depan. Itu sebabnya. Ada banyak daripada Mereka: Raja Keamanan, Raja Perang, Raja Angin, Raja Bintang, Raja Bintang Utara, Raja Bintang Selatan, Raja Kemurahan Hati, segala jenis Raja – malah Raja syaitan ghairah atau Raja hantu ghairah. Pada suatu hari, mereka semua datang kepada saya. Bilakah itu? Pasti tahun lalu pada bulan April. Kadangkala Mereka semua datang hanya untuk memberi hormat. Saya tak begitu banyak menyusahkan Mereka kerana Mereka sibuk membuat kerja Mereka. Hanya apabila benar-benar perlu untuk sesuatu maklumat, saya memanggil Mereka dan kami bercakap dengan singkat. Kami tak banyak bercakap sebagaimana saya bercakap dengan anda.

Saya tidak sedar akan nama yang begitu serius sebelumnya. Saya rasa ia terlalu panjang dan Mereka harus pendekkannya. Jika Mereka nak panggil saya Raja kepada Raja-raja, okey. Raja-raja lain pula hanya kata “O.K.’s”. O.K.’s bermaksud “of Kings” – “K.O.K.’s”, sesuatu macam itu. Apabila saya menulis sesuatu dan Mereka mengejanya untuk saya, saya kata, “Jangan buatnya terlalu panjang. Saya malas nak tulis.” Jadi itu sebabnya saya beritahu Mereka macam itu. Saya kata, “Mengapa Engkau semua perlu sentiasa panggil aku dengan ini? Ini ambil masa yang terlalu panjang.” Kerana kadangkala Mereka perlu mengejanya untuk saya dan tidak hanya panggil saya dengan ‘Engkau’ dan ‘aku’. Mereka panggil saya ‘Raja kpd Raja-raja kepada Raja-raja kepada Raja-raja’ dan itu terlalu panjang bagi saya.

Pada suatu hari, Mereka semua datang berkata, “Ini sebabnya kami panggil Engkau Raja kpd Raja-raja kpd Raja-raja kpd Raja-raja kerana Engkau ialah Raja kami. Pada masa depan apabila Raja-raja lain datang, Engkau akan menjadi Raja Mereka juga. Pada masa lalu, Engkau juga Raja kepada semua Raja.” Jadi sekarang anda tahu juga – segala soalan dalam fikiran anda tentang mengapa saya ada gelaran ini dan itu – saya tidak mintanya.

Kali pertama, saya juga tak tahu bahawa saya yang bercakap dengan saya. Jadi saya tanya, “Siapakah itu?” Saya dah beritahu anda, Ia kata, “Ini Guru Tertinggi.” Saya kata, “Oh! Amat membanggakan mengenali Engkau.” Jadi Suara itu berkata, “Ini Engkau sendiri.” Ada satu Makhluk yang mengiring di sisi Raja kepada Raja-raja, memberitahu saya ini dan itu, dan perkara-perkara lain – perkenalkan kepada saya gelaran saya yang tak pernah saya fikirkan, terlalu sibuk, dan buat apa? Meskipun saya ialah ‘Raja kpd Raja-raja’ apa kebaikannya kepada saya? Saya dah meninggalkan segala-galanya, cuma saya masih perlu sentiasa ingat akan sesetengahnya kerana itu bantu saya mengeluarkan jauh lebih banyak Kuasa supaya saya dapat gunakan-Nya untuk membantu dunia ini sebanyak yg boleh. Itu sebabnya saya masih perlukan gelaran ini, sesetengah daripadanya.

Saya tak pernah terfikir saya akan beritahu anda bahawa saya ialah Buddha Maitreya, atau Raja Pemutar Roda Dharma kerana saya tak pernah memikirkan semua ini. Saya terlalu sibuk bekerja setiap hari. Sama seperti jika kita tamat pengajian atau jika kita seorang doktor, kita tak boleh asyik berfikir, “Oh, aku seorang doktor, aku seorang doktor! Betapa menakjubkan, betapa hebatnya.” Tidak, kita hanya menjaga pesakit. Itu saja. Hanya pesakitlah yang asyik mengingatkan kita bahawa kita ialah doktor. Orang yang berurusan dengan kita mengingatkan kita bahawa kita ialah doktor kerana mereka panggil kita ‘Doktor ini’, ‘Doktor itu’. Mereka malah memanggil isteri kita ‘Puan Doktor’ meskipun dia tak memiliki ijazah doktor kerana dia hanyalah isteri doktor. Di Jerman, mereka panggil isteri doktor sebagai ‘Puan Doktor’ juga – Frau Doktor. Jadi itu bagus. Lihatlah, jika anda seorang wanita dan ingin dipanggil sebagai doktor, hanya berkahwin dengan doktor. Sangat mudah – anda tak perlu belajar selama banyak tahun dan bekerja begitu keras untuk ijazah doktor.

Photo Caption: Biar Denai Terbiar Dihidupkan Kembali, Ikutnya ke Rumah Cantik yang Nyaman dan Selesa!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (3/10)
1
2024-07-23
6369 Tontonan
2
2024-07-24
4847 Tontonan
3
2024-07-25
4736 Tontonan
4
2024-07-26
4112 Tontonan
5
2024-07-27
4006 Tontonan
6
2024-07-28
3675 Tontonan
7
2024-07-29
3649 Tontonan
8
2024-07-30
3593 Tontonan
9
2024-07-31
3715 Tontonan
10
2024-08-01
3707 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android